turnitin

GradeMark... menyediakan jawapan kepada semua soalan kami (dan semua doa kami) di Jabatan Bahasa Inggeris. - Dr. Norman Carey, Cushing Academy

Apa yang Akan Datang?

Pada Sabtu, Januari 2, 2010, kami akan melancarkan pelbagai ciri-ciri baru dan peningkatan perkhidmatan. Turnitin, GradeMark, Peer Review dan PeerMark tidak boleh didapati daripada 9am sehingga 5pm masa Pasifik (GMT-8), sementara kami membuat tugasan penting perisian dan sistem untuk menyokong peningkatan di dalam perkhidmatan ini. Berikut, anda boleh berharap untuk:

Ciri Baru!

Untuk maklumat lanjut mengenai apa yang baru untuk Turnitin dan WriteCycle, gunakan pautan di dalam rencana sisip pada sebelah kiri.

PeerMark

Pengguna Terjejas

Semua pengguna WriteCycle dan pengguna semasa Peer Review

Deskripsi mengenai Peningkatan Baru

PeerMark adalah alat peer review yang baru untuk menggantikan Peer Review. Tujuan PeerMark adalah untuk menggalakkan pembelajaran kolaboratif dengan membenarkan pengajar untuk mencipta dan mengurus tugasan peer review secara dalam talian.

PeerMark boleh didapati di dalam Bahasa Inggeris dan Sepanyol pada Januari 2, 2010. Penterjemahan kepada Bahasa Jerman, Cina Dimudahkan, Cina Tradisional, Korea, Jepun, Thai dan Bahasa Melayu sedang dirancang dan akan dimaklumkan kemudian pada 2010.

Apakah perbezaaan berbanding kepada versi semasa Peer Review?

Apakah perbezaaan berbanding kepada versi semasa Peer Review? PeerMark mempunyai banyak persamaan kepada Peer Review tetapi ianya telah direka semula supaya ia lebih mudah untuk digunakan dan stabil. Dan juga, PeerMark boleh digunakan melalui integrasi sistem pengurusan kursus seperti Blackboard, Moodle atau ANGEL.

Pengajar kini mempunyai:

  • Antara muka yang mudah untuk digunakan
  • Kemampuan untuk menyusun semula soalan peer review
  • Mempunyai kefleksibelan untuk membina soalan skala (dulu dikenali sebagai soalan metrik)
  • Kemampuan untuk mengakomodasi kertas tugasan yang lewat
  • Proses pembinaan pengedaran kertas tugasan yang lebih mudah
  • Kemampuan untuk memberi markah kepada pelajar yang terlibat di dalam tugasan peer review secara automatik

Pelajar kini mempunyai:

  • Kemampuan untuk menilai ulasan yang diterima
  • Kemampuan untuk menambah atau memberi komen pada kertas tugasan (serupa kepada GradeMark)
  • Kemampuan untuk mencetak kertas tugasan untuk ulasan dan ulasan yang diterima

Maklumat tambahan mengenai PeerMark:

  • Risalah mengenai PeerMark di sini(pdf)
  • Panduan Permulaan Cepat untuk WriteCycle (termasuk PeerMark) di sini (didapati pada Januari 2, 2010)
  • Panduan pengguna untuk Turnitin, PeerMark dan GradeMark yang telah dikemaskinikan di sini (didapati pada Januari 2, 2010)
  • Artikel Pusat Bantuan boleh didapati di sini (didapati pada Januari 2, 2010)

Apa yang akan berlaku kepada versi Peer Review sebelum ini?

Pada Januari 2, 2010, sekiranya Peer Review adalah termasuk di dalam lesen institusi anda tetapi anda tidak pernah menggunakannya, Peer Review akan digantikan oleh PeerMark.

Pengajar yang pernah menggunakan Peer Review sebelum ini akan mempunyai akses kepada Peer Review sehingga Julai 7, 2010, dengan tambahan akses kepada perkhidmatan baru PeerMark. Daripada Januari sehingga Julai 2010, pengajar ini dibenarkan untuk mencipta tugasan peer review sama ada di dalam Peer Review atau PeerMark.

Pada tempoh masa peralihan ini, tugasan dan soalan peer review hanya dapat dilihat dengan menggunakan alat yang digunakan untuk menciptanya (Tugasan dan soalan yang dicipta melalui Peer Review di dalam Peer Review, tugasan dan soalan yang dicipta melalui PeerMark di dalam PeerMark)

Pada Julai 7, 2010, akses kepada Peer Review akan dipadamkan daripada semua akaun.

Untuk pengetahuan cara menyimpan dan memindah tugasan Peer Review yang lepas di sini. (didapati pada Januari 2, 2010)

Peningkatan Papan Pemuka Pengajar

Pada Januari 2, 2010, peningkatan pada papan pemuka pengajar akan menjadikannya lebih mudah dan lebih jelas.

Pengguna Terjejas

Semua pengajar

Deskripsi mengenai Peningkatan Baru

Pengajar dapat melihat dua perubahan penting pada Januari 2, 2010.

  1. Perubahan pada skrin \”Tugasan Baru\”
  2. Papan pemuka pengajar yang diubah suai untuk pengurusan tugasan
  3. NOTA: Perubahan ini tidak menjejaskan pengajar yang mengakses Turnitin melalui Blackboard, Moodle atau integrasi lain

Apakah perbezaanya berbanding dengan versi semasa?

  1. Perubahan pada skrin \”Tugasan Baru\”
  2. Sebelum Januari 2, 2010, pengajar memilih jenis tugasan daripada menu tarik turun seperti di bawah:

    Selepas Januari 2, 2010, pengajar akan memilih jenis tugasan dengan menggunakan butang radio, seperti di bawah:

  3. Papan pemuka pengajar yang diubah suai untuk pengurusan tugasan

Papan pemuka kelas pengajar yang baru (dikenali sebelum ini sebagai senarai tugasan kelas) menyediakan pengalaman yang lebih intuitif

Sebelum Januari 2010, papan pemuka pengajar kelihatan seperti ini:

Pada Januari 2, 2010, papan pemuka pengajar akan kelihatan seperti ini:

Dengan papan pemuka baru ini, pengajar akan:

  1. Lihat setiap tugasan dan semua sub-tugasan yang berkaitan dikumpulkan sebagai pita warna (berbanding daripada mempunyai sub-tugasan yang dilekukan di bawah tajuk tugasan)
  2. Lihat indikator bilangan pelajar (daripada jumlah besar pelajar) yang telah membuat penyerahan kepada tugasan
  3. Klik pada butang \”Lihat\” untuk lihat inbox tugasan (daripada mengklik pada tajuk tugasan yang merupakan pautan aktif yang membuka inbox)
  4. Klik pada butang \”Tindakan Lebih\” untuk sunting


Peningkatan Papan Pemuka Pelajar

Pada Januari 2, 2010, peningkatan pada papan pemuka pelajar akan memudahkan penjejakan kertas tugasan dan penyerahan kertas tugasan

Pengguna Terjejas

Semua pelajar

Deskripsi mengenai Peningkatan Baru

Papan pemuka pelajar yang telah diubahsuai akan membantu pelajar untuk menjejak tugasan merka dengan lebih mudah dan akses yang mudah kepada fungsi penting.

Apakah perbezaanya berbanding dengan versi semasa?

Sebelum Januari 2010, papan pemuka kelas pelajar kelihatan seperti ini:

Pada Januari 2, 2010, papan pemuka pelajar akan kelihatan seperti ini:

Dengan papan pemuka baru, pelajar akan:

  • Lihat tugasan dikumpulkan (berdasarkan tugasan asas) kepada pita warna (daripada lekukan)
  • Klik pada pautan \”Tunjuk Butiran\” untuk melihat maklumat tambahan mengenai tugasan atau akses Laporan Ketulenan dan kertas tugasan yang telah ditanda. (Sebelum ini, anda klik pada pautan tajuk tugasan untuk maklumat tambahan. Laporan Ketulenan dan kertas tugasan yang telah ditanda boleh didapati di sebelah kanan tajuk penyerahan.)
  • Dapatkan status indikator (tunjuk ikon hijau, kuning & merah di sini) sebagai pemberitahuan mengenai status kertas tugasan dan tugasan.
  • Lihat pada butang Serah dan Penyerahan Semula sahaja apabila opsyen ini boleh didapati. Butang tersebut mempunyai teks berbanding daripada imej kertas tugasan dengan anak panah yang menunjuk ke atas


Muat turun pengemaskinian yang disyorkan kepada Institusi tyang menggunakan Turnitin dengan integrasi Blackboard atau Moodle

Pengguna Terjejas

Institusi yang menggunakan Turnitin atau GradeMark melalui Blackboard, (Suit Pembelajaran dan Akademik SAHAJA) atau Moodle.

Deskripsi mengenai Peningkatan Baru

Institusi yang menggunaka Turnitin melalui integrasi Blackboard atau Moodle adalah digalakkan untuk muat turun dan memasang bangunan blok/plug-masuk daripada laman web kami sebelum Mac 1, 2010. Bangunan blok/plug-masuk baru boleh dimuat turun daripada papan pemuka akaun pentadbir Turnitin Opsyen Integrasi Terbuka bermula daripada Januari 2, 2010

Apakah perbezaanya berbanding dengan versi semasa?

Selepas memuat turun blok pembangunan baru/plug-masuk, Pentadbir Turnitin akan melihat nama pengajar yang menggunakan integrasi yang disenaraikan di stats Turnitin dan senarai pengajar daripada hanya dengan nama samaran seperti \”Pengajar Blackboard\”. Kelas yang mempunyai pengajar berbilang di dalam sistem pengurusan kursus akan disenaraikan di bawah setiap nama pengajar

Sekiranya institusi memilih untuk tidak memuat turun bangunan blok/plug-masuk, Turnitin akan meneruskan operasi seperti sebelumnnya.

Integrasi

Integrasi dengan CMS/LMS/VLE
WriteCycle menyepadukan dengan beberapa sistem pengurusan kursus popular. Sila teruskan ke halaman Penyepaduan (Bahasa Inggeris sahaja) untuk maklumat mengenai bagaimana untuk bermula.

Maklumat Syarikat

Risalah Produk
Mahu mengetahui lebih lagi? Ini adalah brosur produk kami:
Risalah produk (6 muka surat)

Gambar Keputusan Turnitin

Temui Apa yang Telah Diketahui oleh Setengah Juta Pendidik
Analisis statistik baru-baru ini bagi berpuluh-puluh juta kertas tugasan yang diserahkan kepada Tunitin sepanjang dekad yang lepas menyerlahkan bagaimana penggunaan tetap Turnitin membantu mengurangkan kejadian karya tidak asli pelajar sepanjang tempoh tersebut.
Metriks bagi Keberkesanan Turnitin